Bismillah-ir Rahman-ir Rahim

Pakaian Perempuan Ketika Sembahyang
Menurut Imam asy-Syirazi Rahimahullah dalam kitab al-Muhazzab, adalah disunatkan bagi perempuan yang merdeka dan khuntsa bersembahyang dengan memakai pakaian yang terdiri daripada baju yang labuh, panjang dan menutupi seluruh badan hingga kedua kaki, memakai penutup kepala dan leher dari kain yang tebal dan menggunakan telekung (satu kain tebal yang lain yang menyelimuti pakaian tadi).

Disunatkan juga telekung atau pakaian yang di sebelah luar sekali itu tebal, agar tidak membayangkan anggotanya. Juga telekung atau pakaian yang di sebelah luar tadi dijauhkan atau direnggangkan dari badan seseorang perempuan itu apabila dia ruku‘ atau sujud, supaya tidak membayangkan pakaiannya yang di sebelah dalam.

Khatib asy-Syarbini dalam kitab Mughni al-Muhtaj mensyaratkan pakaian (satir) yang digunakan untuk menutup aurat samada dalam sembahyang atau luar sembahyang ialah tebal yang boleh menutup anggota aurat. Bahkan ia hendaklah melindungi atau menutup warna kulit daripada dilihat dengan pandangan biasa. Dengan perkataan lain tidak menampakkan atau membayangkan bentuk badan.

Kebanyakkan ulama Syafi‘e mensyaratkan hendaklah pakaian itu menutup dan menyelubungi seluruh anggota aurat.

Berdasarkan syarat-syarat yang dijelaskan, maka berikut adalah beberapa contoh-contoh pakaian yang tidak memenuhi syarat-syarat di atas:

1. Baju atau pakaian yang berlubang-lubang

Aurat yang boleh dilihat melalui pakaian yang berlubang-lubang, contohnya pakaian yang ditenun dengan jarang, walaupun tebal, masih tidak memenuhi syarat satir, iaitu menyelubungi dan menutup keseluruhan aurat.

2. Pakaian yang jarang atau nipis

Adapun maksud dari pakaian yang nipis atau jarang itu ialah pakaian yang boleh menampakkan warna kulit apabila memakainya. Untuk jelasnya adalah tidak tercapai maksud as-satir dengan memakai pakaian berikut dalam sembahyang:
a)Sekiranya di dalam sembahyang dia memakai pakaian yang nipis atau jarang untuk menutup keseluruhan auratnya tanpa dilapis dengan pakaian lain seperti telekung dan seumpamanya, maka pakaian seperti ini tidak memenuhi syarat satir kerana tidak tercapai maksud dan pengertian tebal dan tidak pula menyembunyikan warna kulit. Ini disandarkan kepada hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:






Maksudnya: Dari Aisyah Radiallahu anha sesungguhnya Asmaâ binti Abi Bakar telah berkunjung kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam dan dia memakai pakaian yang nipis. Lalu Nabi Shallallahu alaihi wasallam berpaling daripadanya.
Baginda bersabda: Wahai Asmaâ sesungguhnya orang perempuan apabila meningkat umur haidh (umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini… dan ini... Lalu Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pun menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangan Baginda.†(Hadis riwayat Abu Daud)Hadis di atas dengan jelas melarang memakai pakaian yang jarang atau nipis di luar sembahyang, demikian jua dalam sembahyang.As-Sayyid al-Bakri kemudian menyebutkan, sesuatu kain atau pakaian meskipun berwarna atau yang dicelup jika ianya jarang dan nipis juga tidak memenuhi syarat as-satir.b) Begitu juga sekiranya dalam sembahyang dia memakai pakaian yang jarang atau nipis untuk menutup keseluruhan auratnya kemudian dia menutup atau melapis lagi pakaian tadi dengan telekung atau yang seumpamanya dan warna kulit masih kelihatan, maka samalah juga hukumnya seperti (a) di atas.
Selain daripada jenis-jenis pakaian yang telah disebutkan di atas, harus bagi golongan wanita bersembahyang dengan memakai pakaian sutera atau menjadikannya alas (lapik sembahyang) ketika sembahyang. Manakala memakai pakaian yang mempunyai gambar atau menjadikannya alas (sembahyang di atasnya) atau menghadap ke arahnya, hukumnya makruh.
Ternampak Aurat Sendiri Semasa Sembahyang

Ketika hendak mengerjakan sembahyang pakaian hendaklah diberi perhatian, iaitu menutup seluruh anggota aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut oleh syara’. Ini kerana apabila dia melihat aurat sendiri atau dilihat oleh orang lain semasa sedang sembahyang kerana kecuaian menutupnya, maka hukum sembahyangnya tidak sah.

Sebagai contoh jika seseorang perempuan yang bersembahyang, sekalipun dengan memakai telekung, sedangkan di bahagian leher terbuka luas atau besar sehingga dia boleh nampak auratnya sendiri atau dilihat oleh orang lain ketika dia ruku‘ atau sujud, maka batal sembahyangnya. Oleh itu hendaklah dirapikan, dikancing atau diikat terlebih dahulu dengan sempurna bahagian leher yang terbuka tadi, kemudian barulah mengerjakan sembahyang.

Sekiranya dia mendapati pada pakaian yang digunakannya untuk bersembahyang berlubang atau koyak yang menampakkan auratnya, maka wajib dia mengulangi sembahyangnya tadi. Samada dia mengetahui tentang koyak tersebut kemudian dia terlupa mengenainya, ataupun dia langsung tidak mengetahuinya. Akan tetapi jika dia menyangka bahawa koyak itu terjadi selepas memberi salam, maka tidak perlu dia mengulangi sembahyang tadi tanpa khilaf.
Terbuka Aurat Dengan Tiba-Tiba

Berbeza hukumnya dengan aurat yang terbuka secara tiba-tiba dan tidak senghaja, maka sembahyang tetap sah dengan syarat hendaklah ditutup dengan segera. Yang dimaksudkan dengan tidak sengaja, seperti ditiup angin atau terbuka oleh haiwan atau kanak-kanak yang belum mumayyiz kerana dia tidak mempunyai niat atau maksud di sebalik perbuatannya itu. Sebaliknya jika aurat itu terbuka oleh kanak-kanak yang sudah mumayyiz, maka batal sembahyangnya.
Sembahyang Di Dalam Gelap

Terdapat andaian apakah kegelapan atau ketiadaan cahaya boleh diistilahkan sebagai satir kerana ia menutupi dan melindungi warna kulit dan aurat dari pandangan mata? Menurut Ibnu Hajar al-Haitami, kegelapan tidak boleh diertikan sebagai satir. Oleh yang demikian, adalah tidak sah sembahyang seseorang yang tidak menutup aurat sekalipun dalam gelap.
Kesimpulan

Adalah menjadi kebiasaan memakai telekung putih ketika sembahyang dan ini menepati ciri-ciri yang digambarkan sebagai pakaian yang sempurna dan digalakkan di dalam Islam. Maka hendaklah dipastikan bahawa telekung yang dipakai janganlah nipis atau jarang sehingga menampakkan warna kulit atau anggota aurat. Di samping menggunakan telekung, hendaklah juga memakai pakaian yang sempurna menutup aurat di bahagian sebelah dalam sebagai langkah berjaga-jaga.

Dari penjelasan di atas, nyatalah bahawa rambut, leher, lengan, dua kaki dan tapak kaki adalah aurat bagi perempuan ketika bersembahyang. Maka wajiblah kesemua anggota ini ditutup dan dijaga semasa sembahyang kerana rambut yang terjuntai, lengan yang tidak berlapik, kaki yang terdedah dengan sengaja boleh membatalkan sembahyang.

Di samping menutup aurat, menjaga kebersihan pakaian yang dipakai dan tempat bersembahyang daripada najis merupakan di antara syarat sah sembahyang. Maka hendaklah kita mengambil perhatian yang sewajarnya dan meneliti dengan sempurna perkara-perkara yang bersangkutan dengan syarat sah sembahyang agar ibadat yang dilaksanakan akan diterima dan mendapat ganjaran sebagaimana yang dijanjikan Allah Subhanahu Wa Ta‘ala hendaknya.




DI SUNTING DARI: LAMAN MUFTI BRUNEI

Selamat Hari Ibu


Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku....
mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari....
mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat....
emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada.....
.....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....





Berapa ramai yang sanggup
menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap waja h ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu


Khas buat ibuku di kampung serta buat ibu Zahraa... Selamat Hari Ibu. Aku sayang kamu...

7 keajaiban dunia baru

Sebenarnya banyak keajaiban dunia but yang 7 ni kiranya tersohor serata dunia dan menjadi matlamat ku untuk mengunjunginya. Biasalah dah alang alang duduk kat luar negara ni, apa salahnya pergi berjalan and mencuci mata.
Let us see apa 7 keajaiban dunia tersebut:

Great Wall of China - China

Petra (cleft in the rock) - Jordan




Chichen Itza - Mexico

Roman Colosseum - Italy




Taj Mahal - India


Great Pyramid - Egypt

InsyaAllah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan...

Dell Latitude E64 XFR

Second-gen ruggedized Latitude from Dell.

(Credit: Dell)

Dell is back with a slimmed down version of its fully rugged 14-inch laptop.

Like the company itself, the XFR's second-gen improvements on the device are incremental and in some cases,slightly experimental. The E64 XFR is the name of what used to be the Latitude XFR D630. The laptop gets an internal tuneup, boasting better processing power (Intel Core2Duo), discrete graphics enabled by better cooling. The new XFR also keeps most of its original features: touch screen, a solid-state drive, mobile broadband, GPS, and long battery life. In this case, Dell says an additional battery pack will keep the laptops going for up to 13 hours.

The XFR is strengthened by a new exterior material the PC maker is calling Ballistic Armor, which replaces the magnesium alloy used in its other laptops. It's allowed the machine to be trimmed down--it's now 8.5 pounds instead of 9 pounds--and also strengthened: it meets military specifications for ruggedness and can withstand a 4-foot drop rather than 3.

Ballistic Armor was developed by a partner company and licensed exclusively to Dell. It's a hybrid, nonmetal polymer designed to better absorb shocks and withstand the elements. That Dell is experimenting with different materials is intended to signal its willingness to try new things and focus on creating different options for targeted customers.

In this case, that's military contractors, government, and utility company field workers, law enforcement, and other groups that are not known for being particularly gentle with their computers.

Oddly enough, Dell doesn't feel particularly bashful about launching a laptop that starts at $4,299 at a time when many people are having trouble paying their mortgages and others are afraid to even look at their 401(k). Unlike its most high-profile upcoming launch, the high-end consumer laptop called Adamo, about to hit shelves as consumer spending drops off of a cliff, Dell appears to believe XFR is almost perfectly timed for its target demographic at this particular moment. The machine is nowhere close to being considered cheap, but that's not a problem for the federal government agencies and Department of Defense employees the XFR is aimed at.

"With the stimulus package under way, we're getting lots of interest," said Patrick Burns, a member of Latitude's product marketing team.

It will also available for the first time outside of the U.S., in Canada and much of Western Europe.





Amacam, ada sesiapa yang berani nak angakt satu. Kalaulah harganya boleh dikurangkan sikit, boleh jugak nak angkat satu. Tak usah risau pun nak bagi kat anak godek godek...


Artikel ini di godek dari: http://news.cnet.com/crave/